MAJLIS BELIA MALAYSIA

Yayasan Alumni MBM bela bekas pemimpin belia

KUALA LUMPUR 24 Okt – Alumni Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Majlis Jamuan Makan Malam dan Ramah Mesra bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.

Lebih bermakna majlis ini dihadiri oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang juga mantan Presiden MBM ke-6.

Majlis ini menghimpunkan pimpinan belia masa kini, bekas-bekas pemimpin belia, aktivis dan sukarelawan belia dari seluruh negara.

Dalam majlis ini juga, YAB Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM1juta kepada Yayasan Alumni MBM bagi menjaga kebajikan mantan-mantan pimpinan belia.

Hadir sama Presiden Alumni MBM, YB Dato’ Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri; Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Mustapha Sakmud; Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tuan Mohd Azhari Mohammad dan Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.

Tahniah kepada barisan kepimpinan Alumni MBM atas inisiatif ini dalam menjaga kelangsungan dan kebajikan aktivis-aktivis belia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »