MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM sambut baik inisiatif ‘Y-Capsule’ Pusat Belia Antarabangsa

KUALA LUMPUR 13 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik inisiatif Pusat Belia Antarabangsa melalui Program Y-Capsule bertujuan memberi manfaat kemudahan penginapan kepada golongan belia khususnya kepada mereka yang baru berhijrah ke bandar bagi mencari peluang pekerjaan.

Perasmian Y-Capsule telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh bertempat di IYCMalaysia semalam.

Dengan bayaran serendah RM10 sehari, kadar RAHMAH pastinya membantu meringankan beban golongan belia yang mencari rezeki di ibu kota.

Hadir sama Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS; Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tuan Mohd Azhari Mohamad; Presiden Majlis Belia Malaysia, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abd Hamid dan pengurusan kanan KBS.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »