SOCHI, 2 Mac – Sdr. Dhanesh Basil dan Sdr. Ananthan Subramaniam, Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) yang merupakan peserta World Youth Festival 2024 telah mengambil bahagian dalam pameran VR industri petroleum dan drone bagi industri berat yang berlangsung di WYF International Airports di sini.
Pelbagai pameran hasil daripada idea inovasi dan perkembangan pencapaian teknologi canggih dan terkini buatan tempatan Rusia turut dipamerkan.
Sebagai salah sebuah negara maju, tidak dapat disangkal kemajuan teknologi Rusia jauh terkehadapan dan ini perlu dipelajari oleh Malaysia agar seiring dengan kemajuan masa kini.
Pameran ini bermula dari 1 hingga 7 Mac 2024.


