MAJLIS BELIA MALAYSIA

World Interfaith Harmony Week 2022

Dalam Talian | 25 Februari – World Interfaith Harmony Week (WIHW) 2022 yang dianjurkan oleh pelbagai pemegang taruh perpaduan negara dijalankan secara maya pada tahun ini. Sambutan ini bermula dengan ucapan aluan daripada Profesor Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UCSI dan Naib Canselor UCSI University. Sebagai salah satu penganjur bersama World Interfaith Harmony Week (WIHW) 2022, Presiden Majlis Belia Malaysia, Sdr. Jufitri Joha diberi satu slot ucapan untuk berkongsikan pandangan beliau tentang peranan belia dalam pengukuhan keharmonian negara.

Aturcara WIHW 2022 turut merangkumi ucapan Encik Giri Anak Nyareng selaku Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pengumuman pemenang peringkat kebangsaan Tan Sri Omar Harmony Award dan pelancaran Sekretariat Rukun Negara UCSI.

Majlis Belia Malaysia turut diwakili oleh Sdr. Thai Ming Yeow, Felo Penyelidik, dan Sdr. Eow Shiang Yen, Setiausaha Jawatankuasa Khas Perpaduan, Integrasi Nasional, dan Kepenggunaan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »