KUALA LUMPUR 4 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan perbincangan bersama Asian Youth Council (AYC) bagi merangka pelan tindakan program-program antarabangsa pada tahun 2020.
Perbincangan telah dipengerusikan Sdri. Atiqah Syairah Shaharuddin, Penolong Setiausaha Agung MBM.
Hadir sama di program ini Sdri. Nurul Huda Mohamed Afandi, Naib Presiden MBM dan Sdr. Hazrul Hafizi Abd Halim, Exco MBM.