MAJLIS BELIA MALAYSIA

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR NEGERI KELAPAN PELAKSANAAN PROGRAM SKUADMEPS

KUALA LUMPUR 9 Januari – “Gerakan kepenggunaan siswa mampu menjadi wahana membela nasib dan hak pengguna khususnya mahasiswa seperti isu yuran pengajian, harga rumah, harga makanan, pengangkutan dan lain-lain berkaitan kepentingan dan kebajikan masyarakat”.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha berucap ketika merasmikan program SkuadMEPS “Menggerak Pengguna Siswa” WP Kuala Lumpur bertempat di Kolej Profesional Baitulmal di sini.

Seramai 100 orang peserta terdiri dari mahasiswa kolej ini dan Institut Pendidikan Guru Lembah Pantai menyertai program sehari ini. Beliau turut menyampaikan sijil pelantikan kepada peserta program.

Hadir sama Wakil Pengarah KPDNHEP WP Kuala Lumpur, Encik Mohamad Sazli Hj Sidek Mohamad, Timbalan Rektor Akademik dan Penyelidikan Kolej Profesional Baitulmal, YBhg. Dr. Mohamad Fitri Mohamad Yusoff, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Sdr. Naseer Mohamed dan Exco MBM Sdr. Ahmad Shah Mohamad Salleh.

Kuala Lumpur merupakan negeri kelapan jelalah program ini turut menampilkan penceramah undangan khas Dato Sri Jamil Salleh, mantan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Penasihat Kepenggunaan MBM bertajuk ‘Kos Sara Hidup Pengguna Muda’.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »