KUALA LUMPUR 27 Nov – Biro Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan siri Webinar Perbincangan Meja Bulat bertajuk “Pekerjaan Masa Depan”
Panelis yang terlibat ialah Prof Ts. Dr Zuriati Ahmad Zukarnain, Timbalan Dekan, Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia (UPM), Sdr. Mohd Firdaus Mohamed Khairi, Pelajar Sarjana Sains Komputer, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali, Exco MBM.
Anak muda harus bijak mendepani cabaran masa hadapan dan berani mengambil peluang selari dengan usaha-usaha kerajaan dan inisiatif NGO sediakan.