MAJLIS BELIA MALAYSIA

Webinar Pemasaran Digital: Digital Business Online System Solution – DBOSS Edisi Belia

DALAM TALIAN 24 Nov – Sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pahang 2021 Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan, Majlis Belia Negeri Pahang dan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pahang telah menganjurkan Webinar Pemasaran Digital: Digital Business Online System Solution – DBOSS Edisi Belia secara dalam talian.

Sesi ini menampilkan Sdr. Muhammad Idham Khairulannuar (Coach Idham) dan Mustaqim Ramli (Xifu Auto) sebagai panelis dan dihoskan oleh Puan Nurliana Muhammad, Exco MBM.

Webinar ini memberi penerangan tentang solusi bagi usahawan yang ingin meningkatkan hasil jualan dengan kaedah pemasaran secara digital.

Antara topik yang disentuh ialah strategi pemasaran online yang mudah dan penting di zaman sekarang, kaedah automasi pemasaran yang dah ramai usahawan lakukan, tapi kita masih ketinggalan dan perkongsian infomasi mengenai dana, geran dan peluang pembiayaan kepada usahawan belia bagi mengembangkan perniagaan.

100 penyertaan pertama yang mendaftar mendapat tajaan software urus akaun perniagaan secara percuma selama sebulan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »