DALAM TALIAN 7 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Biro Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan (MFREN) membawakan Webinar MBM bersama Agensi Kewangan dan Pengurusan Kredit (AKPK) dengan tajuk “Kepentingan Pelan Takaful Kepada Belia & Usahawan”.
Wakil dari AKPK yang menerangkan mengenai tajuk ini ialah Dato’ Zairol Hishan Abu Bakar, FA Development Section AKPK. Sesi dihoskan oleh Sdri. Nurliana Muhamad, Exco MBM.
Perkongsian khas ini membantu para belia untuk mengetahui mengenai konsep Umum Insurans dan Takaful, Kepentingan Insurans dan Takaful dalam perancangan kewangan individual dan perniagaan, Kesuaian Produk Insurans dan Takaful dalam perancangan perlindungan individu, keluarga dan perniagaan.