KUALA LUMPUR 9 Julai – Bank Negara Malaysia dan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan Webinar Literasi Kewangan dan Bahaya Jenayah Kewangan Peringkat Zon Timur yang diadakan secara dalam talian.
Naib Presiden MBM, Sdr. Muhamma Sherhan Nizam Abdul Aziz telah menjadi moderator kepada webinar ini.
Terima kasih kepada badan gabungan MBM di negeri Pantai Timur; Majlis Belia Negeri Terengganu, Majlis Belia Negeri Kelantan dan Majlis Belia Negeri Pahang.
Selain itu, webinar ini juga turut disertai Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) yang bersama-sama memberi sokongan menjayakan webinar ini.