KUALA LUMPUR 3 Ogos – Biro Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan Majlis Belia Malaysia (MFREN) telah mengadakan Webinar Khas Bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dalam slot PERKESO Prihatin Bersama Usahawan Muda.
Webinar ini dihoskan oleh Exco MBM merangkap Timbalan Pengerusi MFREN, Sdri. Nurliana Mohamad menampilkan panelis Encik Rahmat Ismail, Ketua Bahagian Pembangunan dan Koordinasi Strategik Skim Insuran Pekerjaan PERKESO.
Banyak inisiatif dan tawaran yang ditawarkan oleh pihak PERKESO buat usahawan dan bakal usahawan belia perlu tahu serta bantuan dalam bidang perniagaan.