DALAM TALIAN 8 Sep – Majlis Belia Malaysia membawakan Sesi Webinar Kerjaya sepanjang bulan September ini sempena Konvensyen Belia Kebangsaan dan Hari Belia Negara 2021.
Siri kedua ini membawakan panelis dari GoCoach, Encik Rashid Jamiran yang pakar dalam bidang kejurulatihan sukan.
Beliau membicarakan bagaimana bidang kejurulatihan sukan boleh menjana pendapatan sampingan dan peluang-peluang yang boleh diambil oleh golongan belia. Siaran langsung ini diadakan menerusi FB Live MBM dan dihoskan oleh Sdri. Kavita Maheendran, Penolong Setiausaha Agung MBM.