Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Biro Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan (MFREN) telah menganjurkan Webinar Kerjaya bertajuk “Gig Ekonomi: Model Bisner Stokis-Ejen” yang menampilkan perkongsian kejayaan seorang anak muda membina empayar perniagaan seawal umur 28 tahun iaitu Sdr. Mohamad Anif Azami, Ketua Pegawai Eksekutif Aducktive Food Sdn Bhd
Beliau berani menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan kini memiliki kilang pemprosesan sendiri.
Webinar ini dihoskan oleh Sdri. Nurliana Muhammad, Exco MBM merangkap tokoh usahawan wanita /Tokoh Belia Negeri Pahang dan Tokoh Belia Negara 2020.