MAJLIS BELIA MALAYSIA

Webinar Kerjaya bidang pertukangan kayu bersama The Green Carpenter

KUALA LUMPUR 8 Oktober – Siri Webinar Kerjaya kali ini membawakan bidang pertukangan kayu dalam topik Hand On Workshop: Kerja Kayu menampilkan Encik Harith Ridzuan, The Green Carpenter.

Program bersiaran langsung dari kedai perabot beliau ini mempamerkan cara-cara pembuatan alas coaster kayu.

Encik Harith terlibat dalam kerja-kerja pembuatan, perundingan dan sumber produk kayu lestari untuk pemasangan dalaman, perabot, hadiah, hiasan rumah, peralatan dan aksesori fesyen.

Beliau membantu banyak pelanggan dari pelbagai latar belakang dan industri, mulai dari makanan & minuman, hospitaliti, runcit, korporat, badan pendidikan, harta tanah, pengguna kerajaan dan swasta.

Pengalaman saya juga merangkumi pengurusan dan penyelesaian kerja-kerja pengubahsuaian & perabot untuk projek dalaman berskala besar (100 bilik atau 20 tingkat bangunan) ke rumah, pejabat dan sekolah kecil.

Program ini juga sebagai pendedahan kepada golongan belia menerokai bidang kerja kayu yang kurang menjadi pilihan di mana ia sebenarnya mampu memberi pulangan lumayan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »