DALAM TALIAN 3 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) membawakan Sesi Webinar Kerjaya sepanjang bulan September sempena Konvensyen Belia Kebangsaan dan Hari Belia Negara 2021.
Panel jemputan kali ini ialah Puan Nuralimah Jasni yang merupakan seorang Kaunselor di Rahmah Support Team yang mana merupakan sebuah pertubuhan yang menyediakan perkhidmatan sokongan mental dan emosi semasa pandemik ini.
Beliau membicarakan tentang profesion kaunselor dan peluang kerjaya yang golongan belia boleh ceburi dalam bidang ini.
Siaran langsung ini diadakan menerusi FB Live MBM dan dihoskan oleh Sdri. Kavita Maheendran, Penolong Setiausaha Agung MBM.