DALAM TALIAN 3 Dis – Penternakan udang mampu memberi pulangan yang lebih baik kepada pengusaha industri akuakultur ini kerana nilai harga di pasaran yang tinggi selain permintaan yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.
Namun begitu, aktiviti ini juga berhadapan dengan pelbagai risiko dan cabaran. Antara cabaran utama kepada sektor akuakultur ialah jangkitan penyakit terhadap ternakan seperti ikan dan udang yang boleh mengakibatkan kerugian besar.
Oleh itu, setiap pemain harus bersedia mental dan fizikal juga ilmu untuk mengurangkan impak kerugian selain meningkatkan hasil jualan.
Itu antara bicara yang dikongsi oleh Encik Mohamad Naim Saari, Pengarah Urusan SB Aqua Marine & Contruction Sdn Bhd yang mengupas mengenai bidang kerjaya agro (ternakan udang) melalui siri webinar anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan. Program ini disiarkan secara langsung di Facebook MBM.
Program ini dihoskan oleh Sdr. Hafizul Nizam Abdullah, Yang Di-Pertua Majlis Belia Kelantan merangkap Exco Biro Pertanian dan Industri Asas Tani MBM.