DALAM TALIAN 2 Sep – Program Negaraku Malaysia diteruskan dengan tayangan video Pengkisahan Sejarah Perjuangan Kemerdekaan dari Negeri Perlis dan Pulau Pinang.
Sembang Santai Kopitiam Belia pula menampilkan Sdr. Muhammad Fadzli Hassan, Timbalan Presiden MBM merangkap Presiden Majlis Belia Felda Malaysia. Sesi ini dihoskan oleh Sdri. Jessy Ng, Exco MBM.
Program Negara Malaysia merupakan program anjuran Kementerian Perpaduan Negara dan Majlis Belia Malaysia bagi mengajak rakyat Malaysia khususnya generasi muda untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan.
Hadiah Kuiz Kemerdekaan dan Hadiah Misteri disediakan untuk penonton bertuah pada setiap siri tayangan video.