DALAM TALIAN 3 Sep – Tayangan video Pengkisahan Sejarah Perjuangan Kemerdekaan dari Negeri Melaka dan Negeri Kelantan mengisi slot hari ketiga Program Negaraku Malaysia.
Program yang berlangsung secara dalam talian ini dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Majlis Belia Malaysia (MBM) bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Pengisian program ini meliputi tayangan video, ucapan kepimpinan belia dan Pengarah JPNIN Negeri serta kuiz kemerdekaan.
Sembang Santai Kopitiam Belia menampilkan Datuk Syed Osman Mohamed, Penyelaras Gabungan Belia India Malaysia (UMIY) merangkap Exco MBM dan Sdr. Alex Ng Jun Fai, Pengerusi Gabungan 8 Pertubuhan Belia Cina Utama (EMCO) yang juga Presiden Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM).
Sdri. Jessy Ng, Exco MBM bertindak sebagai moderator kepada program ini.