DALAM TALIAN 1 Sep – Program Negaraku Malaysia diteruskan dengan tayangan video Pengkisahan Sejarah Perjuangan Kemerdekaan dari Negeri Johor dan Terengganu.
Program diisi dengan tayangan video, ucapan pimpinan belia negeri dan ucapan dari Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri.
Program Negara Malaysia merupakan program anjuran Kementerian Perpaduan Negara dan Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi mengajak rakyat Malaysia khususnya generasi muda untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan.
Hadiah Kuiz Kemerdekaan dan Hadiah Misteri disediakan untuk penonton bertuah pada setiap sesi tayangan video.