DALAM TALIAN 3 Nov – Telah berlangsung Webinar International Youth Work Week 2021 yang dianjurkan oleh Commonwealth Alliance of Youth Workers’ Associations – CAYWA.
Sesi pertama melibatkan pekerja belia daripada zon Asia Oceania iaitu India, Malaysia, Singapore, Australia, New Zealand dan Solomon Islands.
Webinar membincangkan impak Covid 19 terhadap belia dan pengamal kerja belia.
Hadir mewakli Malaysia, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Jufitri Joha, Dr. Lee Kwan Meng dan Sdr. Izham Ahmad, Setiausaha Majlis Belia Negeri Terengganu.