DALAM TALIAN 31 Disember – Majlis Belia Malaysia dan Jabatan Belia dan Sukan Negara telah menganjurkan Webinar Inspire! Kerjaya Agro.
Siri kali ini membawakan panelis Sdr. Mohd Ashaari Amin Mohd Nasir, Pengarah Urusan Crayfish Aqua Venture (CAV) yang menceburkan diri dalam kerjaya penternakan udang kara air tawar.
Banyak tips dan pengalaman dikongsikan oleh beliau dalam siri ini kepada belia-belia yang berhasrat menceburi bidang ternakan udang ini sama ada secara sambilan atau sepenuh masa.
Webinar ini bersiaran secara dalam talian setiap hari Jumaat jam 10.00 pagi. Sebanyak 24 siri Webinar Inspire! Kerjaya Agro akan dilaksanakan dari bulan Februari 2021 sehingga bulan Disember 2021.