MAJLIS BELIA MALAYSIA

Webinar Inspire! Kerjaya Agro bersama CEO GM Peladang

DALAM TALIAN 1 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan telah mengadakan Webinar Inspire! Kerjaya Agro yang diadakan setiap hari Jumaat jam 10.30 pagi di platform Facebook secara langsung.

Webinar ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan ilmu kepada para belia tentang peluang dan potensi sektor agro makanan.

Untuk sesi kali ini panel jemputan ialah Encik Mohamad Zamir Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GM Peladang Sdn Bhd yang berkongsi ilmu pertanian fertigasi dan karier dalam bidang pertanian ini.

Sesi ini dihoskan oleh Sdr. Muhamad Iqmal Mahadi, Exco MBM merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani MBM serta Puan Putri Balkis Mohd Nor, Pegawai Sekretariat MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »