KUALA LUMPUR 15 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan (MFREN) telah menganjurkan siri Webinar Eksklusif bertajuk ‘Mudahnya Simpan Emas di YaPEIM bersama YaPEIM’ secara dalam talian.
Sesi ini dikendalikan oleh Sdri. Nurliana Muhammad, Exco MBM merangkap Timbalan Pengerusi MFREN MBM menampilkan Cik Nor Laili Omar, Pengurus Bahagian Pemasaran, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
Program bertujuan mendidik belia dan masyarakat menabung menerusi cara digital melalui simpanan emas di samping pengenalan pelbagai produk pelaburan di Ar Rahnu YaPEIM.
MFREN komited memperkasa 1,000 belia melalui program ini menyimpan dan menjana pendapatan melalui produk SERY. Program turut menyediakan cabutan bertuah berupa wafer emas YaPEIM.