KUALA LUMPUR 27 Jan – Krisis ekonomi bukan sahaja melanda negara kita tetapi berlaku di seluruh dunia. Pelbagai faktor yang mempengaruhi krisis ini terutamanya kesan akibat pandemik Covid-19 yang memberikan impak yang lebih kuat berbanding semasa “The Great Depression” pada tahun 1930-an.
Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan webinar bertajuk Malaysia: Pasca Krisis bagi membincangkan isu ini dari aspek ekonomi Malaysia serta bagaimana kita boleh memulihkan negara dengan cadangan polisi pemulihan pasca krisis yang sedang melanda.
Sesi ini disertai tetamu jemputan khas, Sdr. Adli Amirullah, Pakar Ekonomi Kanan IDEAS (Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) bersama moderator, Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali, Exco MBM.
Turut sama dalam sesi ini Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha dan Pengerusi Biro Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan, Sdr. Syed Osman Mahamed.