KUALA LUMPUR 20 Ogos – Bicara Generasi kali ini membawakan 2 orang lagi tokoh belia wanita (iron lady) Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) iaitu Puan Wan Salwati Abdullah dan Puan Asfalinda Anuar.
Bermula dari platform Gerakan Belia 4B, kedua-dua figura ini mempunyai pengalaman tersendiri sebagai pemimpin wanita dalam era masing-masing di MBM.
Harapan mereka sama iaitu mahu melihat lebih ramai wanita berada dalam kepimpinan MBM namun mengakui usaha itu bukan mudah.
‘MBM perlu lebih kerap turun ke akar umbi, kenal pasti belia-belia wanita di peringkat akar umbi dan negeri, cungkil bakat mereka dan bawa keperingkat lebih tinggi’ ujar Asfalinda.
‘Tanggungjawab MBM amat besar dan saya yakin kepimpinan selepas ini mampu memikul amanah ini sebaik mungkin. Lakarlah, corakkan belia Malaysia yang lebih gemilang untuk masa depan kata Wan Salwati di akhir program. Sesi dihoskan oleh Ketua Penerangan MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah.