DALAM TALIAN 25 Ogos – Bicara Generasi kali ini menampilkan Sdr. Manndzri Haji Nasib, Mantan Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) sesi 2012 – 2014 dan mantan Presiden Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) sesi 2014 – 2018. Pelbagai pengiktirafan diterima sepanjang berada dalam pergerakan belia antaranya Anugerah Tokoh Belia Negara 2013, Tokoh Belia ASEAN 2013, Tokoh Belia Johor 2010, 2013 dan Anugerah Mercu Wangsa FELDA 2017. Selain itu beliau juga kerap menulis artikel di akhbar arus perdana, media sosial dan kini di peringkat akhir menerbitkan 3 buah buku mengenai politik negara.
Menceburi dunia kebeliaan pada usia 25 tahun selepas dicabar oleh mentor beliau ketika itu dan akhirnya menjadi pemimpin belia melalui pertubuhan pertamanya iaitu Majlis Belia Felda Cawangan Timur, Johor.
Berbicara mengenai MBM pula Manndzri berkata, ‘jika Melaka mempunyai susur sejarahnya MBM pula merupakan khazanah negara yang amat berharga dalam konteks melahirkan ramai pemimpin negara’.
Mengenai perjuangan MBM, beliau berkata ‘MBM perlu berdiri pada paksinya walaupun ada kalanya terpaksa menongkang arus demi kepentingan belia dan masyarakat. Ia selari dengan ideologi MBM itu sendiri iaitu ‘Belia Bertindak untuk Kebenaran dan Keadilan’.
Beliau menekankan teori 5K iaitu Keghairahan, kebolehan, kelayakan, Kemampuan dan Karma ‘basic need’ yang perlu ada untuk seseorang itu ingin bergelar pemimpin belia.
Akhirnya, beliau menitipkan keyakinan terhadap kepimpinan MBM sedia ada dalam menentukan transisi kepimpinan MBM akan datang dipimpin oleh pemimpin yang lebih baik. Pesan beliau agar dalam proses tersebut jangan sesekali jangan diberi hak kepada orang lain untuk menentukan transformasi kepimpinan dalam MBM.
Moderator sesi ini dikendalikan oleh Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Ketua Penerangan MBM.
Rakaman temu bual boleh diakses :