MAJLIS BELIA MALAYSIA

Webinar ‘Bicara Generasi’ bersama Mantan Timbalan Presiden MBM sesi 2016-2018

KUALA LUMPUR 15 Julai – ‘MBM perlu perjuangkan suara anak muda, develop mereka, lakar sejarah anak muda untuk menjadi sebuah mutiara berharga untuk agama, bangsa dan negara’.

Itu antara pesanan YB Mohd Zaidi Aziz semasa menjadi tetamu siri Webinar ‘Bicara Generasi’ anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) sempena Ulang Tahun MBM ke-73.

Program yang bersiaran langsung di platform Facebook MBM dihoskan oleh Ketua Penerangan MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah.

YB Mohd Zaidimerupakan mantan Timbalan Presiden MBM sesi 2016-2018 yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Beliau turut berkongsi pengalaman dan kisah suka duka semasa berada dalam era kepimpinan MBM. Segala cabaran dan krisis yang dihadapi menguji kematangan dan kebijaksanaan pemimpin dalam mencari penyelesaian dan salah satu kelebihan MBM ialah kaedah musyawarah sebagai satu keluarga besar belia bagi menyelesaikan apa juga masalah yang timbul.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »