KUALA LUMPUR 28 Julai – Anak jati Johor ini merupakan anak kedua daripada enam adik-beradik. Tiada siapa sangka penerima Anugerah Perdana Belia Negara 2011,Tokoh Belia ASEAN 2011, Anugerah Kepimpinan Pekerja Korporat ICLIF-LESA BNM, Sdr. Mohammad Rizan Hassan mempunyai sisi gelap masa lampaunya.
Namun itu bukan alasan untuk beliau bangkit dari kisah lalu untuk menyumbang sesuatu yang bermakna kepada masyarakat dan Negara.
Mula mengenai dunia kebeliaan apabila diperkenalkan oleh Presiden MBM ketika itu, Dr. Mohamed Maliki yang mempelawanya menyertai kepimpinan MBM pada tahun 2010.
Bermula dari situ beliau mengorak langkah memfokuskan gerak kerja belia di lapangan dengan menyantuni golongan belia tercicir. Kesungguhan beliau dapat dilihat dengan penubuhan Sekretariat
1Belia 1Kemahiran yang memberi tumpuan menyediakan golongan belia dengan ilmu kemahiran sebagai nilai tambah.
Ini merupakan platform terbaik buat beliau bergerak yang sebelum ini cenderung kepada kerja sukarela dalam membantu golongan belia tercicir yang selama ini jarang diberi perhatian.
“MBM perlu dilihat sebagai ‘termometer’ yang dapat mengukur suhu belia di luar sana” bagi memahami cabaran-cabaran mereka terhadap sosio budaya, ekonomi dan politik Negara seterusnya menyediakan solusi kepada setiap permasalahan, ujar Rizan.