Kuala Lumpur 29 Mac – Wawancara Khas Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, Alumni Cybernetics dan rakan media Orlaith dan Utusan Malaysia yang bertempat di Dewan Aktiviti Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics telah berlangsung dengan jayanya.
Wawancara ini menampilkan ahli panel yang terdiri daripada Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay, Ketua Pen. Pengarah Bhg Counter Terrorism PDRM, Sdr. Jufitri Joha Naib Presiden MBM dan Sdr. Muhammad Nazreen, Penyelidik Iman Research Consulting yang dimoderatorkan oleh Sdr. Saiful Adli B Zaira, Pengarah Operasi Global Movement of Moderates Foundation.
Turut hadir Wakil PDRM, Presiden Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, Presiden Alumni Cybernetic, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Pensyarah dan para pelajar seramai lebih kurang 30 orang.