MAJLIS BELIA MALAYSIA

WACANA KENEGARAAN MALAYSIA ‘SEJARAH, KEDAULATAN DAN KEBANGSAAN’

KUALA LUMPUR 20 April – Gerakan Belia 4B Malaysia dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan Wacana Kenegaraan Malaysia ‘Sejarah, Kedaulatan dan Kebangsaan’ bersama Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, Pensyarah Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan, Universiti Malaysia Perlis di Ibu Pejabat Gerakan Belia 4B Malaysia.

Wacana ini mengupas isu pembentukan Malaysia dalam konteks negara beraja dan berperlembagaan. Turut berlangsung pelancaran buku Kenegaraan Malaysia.

Hadir sama Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha, Exco MBM, Sdr. Syed Osman Mohamed, Sdr. Mohamad Nazri Latiff, wakil NGO seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Pertubuhan IKRAM Malaysia dan beberapa badan gabungan MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »