MAJLIS BELIA MALAYSIA

Wacana Intelektual isu had umur belia 30 tahun dan Undi 18

SERI KEMBANGAN 29 Julai – Telah berlangsung Wacana Intelektual berkaitan isu had umur belia 30 tahun dan Undi 18 yang turut dibarisi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) anjuran Universiti Putra Malaysia.

Pelbagai perkara yang diperdebatkan berkaitan kedua-dua isu hangat ini namun yang paling penting adalah langkah ke depan untuk mempersiapkan kepimpinan muda di dalam pergerakan belia dan mendidik pengundi muda yang cakna dengan keluasan partisipasi demokrasi.

MBM mengalu-alukan kerjasama strategik MBM bersama universiti-universiti tempatan menganjurkan wacana dan kajian ilmiah berkaitan pembangunan belia. Turut hadir Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »