RAUB 5 November – Penolong Setiausaha Agung, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah hadir sebagai panelis forum “Wacana Demokrasi dalam Era Malaysia Baru” anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Raub.
Wacana ini turut menampilkan 3 panelis lain iaitu Dr. Jazimin, Sdr. Syahmi (wakil Mahasiswa Keadilan Nasional) dan Sdr. Syukor (MPP UiTM Raub).
Antara topik hangat yang dibincangkan adalah bagaimana belia berperanan sebagai pintu kepada pembangunan demokrasi negara. Penolong Setiausaha Agung MBM juga menegaskan berkenaan mahasiswa di kampus kini sebenarnya mahu berpartisipasi dalam pembangunan negara. Tetapi perkara yang lebih mustahak dan perlu diberi penekanan oleh pemimpin negara adalah tentang kebajikan mahasiswa dan memandang serius isu anak muda di kampus yang tidak cukup makan. Hanya apabila keperluan asas mereka dipenuhi, barulah segmen belia ini dapat berbakti dengan baik kepada pembangunan negara.
MBM mempunyai hubungan baik dan program berkala dengan UiTM Raub.