Bangi 5 Disember – Program Varsity Sports Gathering anjuran Majlis Belia Malaysia telah berlangsung pada 4 Disember 2016 bertempat di Uptown Sports, Bandar Baru Bangi yang dihadiri seramai 500 orang peserta yang terdiri dari kalangan pelajar IPTA/IPTS yang berhampiran.
Program ini bertujuan sebagai medium amalan gaya hidup sihat dan bagi mengadakan dialog santai di kalangan mahasiswa dan belia.
Pemain Bola Sepak Kelantan (The Red Warriors), Norhafiz Zamani Misbah di dalam sesi ‘Teh Tarik Session’ telah berkongsi pengalaman beliau yang telah terlibat dalam sukan bola sepak lebih dari 15 tahun. Sesi ini diadakan secara santai bersama-sama mahasiswa/mahasiswi.
Penyertaan melibatkan 35 pasukan yang menyertai futsal dan 32 pasukan menyertai badminton.
Majlis Perasmian Penutup Program Varsity Sports Gathering dirasmikan oleh Ybhg Dato’ Lokman Hakim Bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. Antara kepimpinan MBM yang hadir Sdr. Ahmad Saparudin Yusup Setiausaha Agung MBM, Sdr. Mohd Ridhwan Tan Sri Mohd Ali Exco MBM, Sdr. Hasnul Hanif Harun Exco MBM dan Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah Exco MBM.