PUTRAJAYA 15 Mei – “Usaha memartabatkan integriti dalam kalangan belia memerlukan kerjasama bersepadu dari semua pihak khususnya kerajaan, swasta, NGO dan sebagainya selain pendidikan berterusan kerana belia merupakan aset penting negara yang akan menjadi legasi masa depan”.
Itu antara kesimpulan ringkas hasil Konvensyen Belia Integriti Nasional yang berlangsung di Podium, Menara KBS hari ini.
Konvensyen bertemakan Yakin Boleh “Belia Komited Membudayakan Integriti” dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dan Institut Integriti Malaysia sebagai salah satu pengisian program Semarak Hari Belia Negara 2024.
Objektif utama konvensyen ini adalah untuk memupuk dan membudaya integriti dalam kalangan belia selain membentuk tingkah laku beretika dan akauntabiliti.
Peserta-peserta terdiri daripada pelbagai kelompok belia antaranya di sektor korporat, persatuan belia, sukan, sekolah, institusi pendidikan tinggi dan lain-lain.
Barisan panelis konvensyen ini terdiri daripada Dr. Rozaidi Abdul Rahim Razali, Ahli Lembaga Pengarah, Institut Integriti Malaysia (IIM); Cik Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Bekas Atlet Profesional Tenpin Boling Malaysia dan Encik Logavendra Loganathan, Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Sesi ini dikendalikan sepenuhnya oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid, Presiden MBM.









































