AMPANG 24 Mac – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun hari ini telah mengadakan kunjungan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Permai Ampang.
Kunjungan ini sebagai sebahagian usaha MBM dalam menjalinkan hubungan baik dengan pihak sekolah.
Susulan pertemuan tersebut, satu persetujuan dicapai antara MBM dan pihak sekolah untuk mengadakan program-program pembangunan murid ke sekolah ini.
Turut sama dalam pertemuan ini Yang Dipertua SMK Tasek Permai, Encik Mohd Rashdan Abd Rashid; wakil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, guru-guru dan sebahagian pelajar-pelajar lepasan SPM.