KUALA LUMPUR 2 Jan. – Majlis Belia Malaysia (MBM) menasihatkan rakyat khususnya generasi muda dan mahasiswa supaya tidak terlibat dengan politik ‘kaki lima’ untuk memusnahkan sistem kehakiman negara.
Naib Presiden MBM, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, golongan tersebut tidak seharusnya terpedaya dengan sandiwara mana-mana pihak.
‘‘Hakikatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperalatkan rakyat untuk kepentingan beliau menjelang keputusan liwat 9 Januari ini.
‘‘Oleh itu rakyat perlu matang dan jangan bertindak mengikut emosi. Mereka perlu menghormati undang-undang negara,’’ katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini mengulas tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melancarkan kempen Bebas Anwar 901.
Menurut Irmohizam, rakyat tidak harus mengorbankan prinsip Rukun Negara dan kemakmuran negara sehingga menyebabkan imej Malaysia tercalar dan ekonomi musnah.
“Kedaulatan undang-undang telah menjadi teras kestabilan negara sejak merdeka,’’ katanya.
Kata beliau, MBM menggesa pihak keselamatan mengambil tindakan awal bagi mengekang segala usaha untuk menganggu-gugat keamanan negara serta bertindak tegas ke atas mana mana-mana pihak yang ingin mencetuskan huru-hara