MAJLIS BELIA MALAYSIA

UNISEL-YADIM KEDAH-MBM gerakan kerja pembersihan pasca banjir di Kepala Batas

KEPALA BATAS 15 Dis – Minggu lepas, seramai 40 orang sukarelawan Universiti Selangor (UNISEL) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Kedah dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) telah turun ke lapangan bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan pasca banjir di beberapa rumah di Kampung Simpang Empat, Kepala Batas.

Sukarelawan ini merupakan belia mahasiswa daripada Unisel dengan ditemani seorang pegawai pengiring.

Hasil tinjauan menyaksikan banyak kerosakan harta benda ekoran musibah banjir ini yang dikumpulkan di satu lokasi.

Disebabkan kekangan masa dan kudrat, pasukan sukarelawan tidak dapat memenuhi permintaan mangsa-mangsa banjir.

In sha Allah, kita usaha aturkan pasukan berikutnya untuk bantuan seterusnya.

Program bermula jam 10.00 pagi ini berakhir pada jam 3.00 petang.

Terima kasih kepada semua sukarelawan dan individu yang terlibat dalam menjayakan misi kerja pembersihan ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »