PUTRAJAYA 10 Oktober – Sdr. Thai Ming Yeow, Felo Penyelidik Pejabat Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mewakili MBM menghadiri UN Reform, UN Sustainable Development Cooperation Framework (UNSDCF) 2021-2025 and Common Country Analysis (CCA) di Pejabat UN Malaysia di sini.
Pasukan Malaysia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengadakan mesyuarat Bersama CSO-SDG Alliance bagi membincangkan kerangka kerjasama pembangunan lestari PBB tahun 2012 – 2025 di Malaysia.
Mesyuarat tersebut dihadiri oleh 15 wakil pelbagai CSO dan 7 wakil agensi di bawah PBB.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Mr. Stefan Presner, Penyelaras Residen PBB di Malaysia tersebut bertujuan membentangkan deraf halatuju dan kerangka kerja pelaksanaan SDG di Malaysia yang melibatkan PBB, Kerajaan, Korporat dan Masyarakat Sivik bagi tempoh 2021 – 2025 serta mendapatkan sumbangan idea dan pandangan daripada CSO bagi penambahbaikan kerangka kerja tersebut.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan Penyelaras Residen PBB diikuti dengan sesi pengenalan dan pembentangan hasil perbincangan CSO-SDG Alliance berhubung dengan SDG Summit dan SDG CSO Forum yang akan diadakan pada 6-7 November 2019.
Setersunya, mesyuarat disusuli dengan analisis pencapaian Malaysia mengikut 17 matlamat (goals) dan pembentangan kerangka kerja SDG di Malaysia berteraskan 5P: People (manusia), Planet (bumi), Prosperity (Kemakmuran), Peace (Keamanan) dan Partnership (Rakan Kongsi). Salah satu perkara yang paling relevan dengan belia adalah Revolusi Industri (IR) 4.0, kesannya terhadap generasi masa depan dan penstrukturan semula pendidikan serta ekonomi bagi menangai cabaran IR 4.0.