MAJLIS BELIA MALAYSIA

UCAPAN ALUAN PRESIDEN MBM DI MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA SIDANG III PENGGAL 29 TAHUN 2013-2014

UCAPAN ALUAN PRESIDEN MBM
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA

1.0 Kata-kata aluan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 1 Belia 1 Malaysia.

YB Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YBhg Dato’ Azhar B Mohamed Isa, Timbalan Ketua Setiausaha Antarabangsa dan Pengurusan, KBS, YBhg Dato’ Harun B Che Su, Timbalan Ketua Strategik, KBS, YBhg Puan Hjh Hatipah Ibrahim, Ketua Pengarah JBSN, Y.Brs Sdr Murali, Timbalan Pengerusi Tetap MBM, Barisan Kepimpinan MBM, wakil-wakil Exco Kerajaan Negeri, serta hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekelian.

1.1 Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) perlu menjadi platform terbaik untuk menyuarakan suara akar umbi belia Malaysia.
MPBN kini ada banyak kemajuan dan tindakan susulan seperti:
i) Sidang meja bulat berkaitan insiden Mesir
ii) Makmal Kos Sara Hidup
Pujian kepada beberapa agensi seperti Kementerian Pelajaran Malaysia yang bersifat proaktif membuat perbincangan susulan hasil resolusi MPBN berkaitan pendidikan dan kemahiran.
1.2 Malaysia kini di ambang akhir menjelang tahun 2020. Lima tahun terakhir menjelang 2020 adalah waktu kita memacu segenap sumber, waktu dan tenaga yang ada.
MBM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelbagai agensi seperti MAMPU, yang turut diminta untuk memberikan input dalam penyedian Rancangan Malaysia ke-11.

1.3 Cabaran dan ancaman
Kita harus kuat dan tabah menghadapi cabaran dan ancaman yang mendatang.
MBM bersetuju dengan hipotesis awal Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) terhadap pelbagai isu-isu yang mampu menjejaskan perhubungan dan keharmonian masyarakat seperti:
a) Agama
b) Perbezaan fahaman dan aliran politik
c) Perlembangaan Persekutuan
d) Integrasi nasional yang melibatkan sabah dan Sarawak
e) Patriotisme dan identiti nasional
f) Keselamatan negara
Dalam masa yang sama, secara mendalam atau mikro, MBM juga sangat bimbang dengan gejala serta fenomena yang merosakkan generasi muda di Malaysia belakangan ini:
a) Dadah – kenaikan kes 149% (PDRM)
b) Arak – konsumsi secara etrbuka dan luas
c) Hiburan melampau – Future Music Festival Life in Colour; World largest paint party
d) Tingkah laku devian, ganas dan songsang – Pink Dot Penang 2014, 29 Mac 2014; yang turut disokong oleh SUARAM

1.4 Pembangunan Belia Positif
a) Bengkel Pengurusan Organisasi Mapan di Cameron Highlands pada 8 – 9 mac 2014.
Disusuli di kesemua badan gabungan.
Manifestasi MBM dan badan gabungan untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran.
Input integriti, ketelusan, dan kecekapan;
i) Jabatan Audit Negara
ii) Institut Integriti Malaysia
iii) Bahagian Pendidikan, SPRM
iv) Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY)
v) Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN)

a) Meluaskan horizon jaringan dan pemikiran belia

i) Asean Community 2015
KBS dan MBM perlu persediaan rapi.
Perlu tambaghan bajet serta tenaga penggerak yang mampu menerobos sempadan
ASEAN.
Apatah lagi dengan insiden MH370 dan taufan Haiyan yang menuntut kerjasama antara
Negara serantau.
Hakikatnya bajet KBS terhadap program antarabangsa adalah sangat kecil.
ii) Bantuan pentadbiran
Separuh bantuan telah diterima.
Terdapat badan gabungan yang tidak dibawah ROY seperti Persekutuan Pengakap Malaysia yang mendapat jumlah bantuan yang tidak sama ekoran masalah ketetapan Akta 668.
Justeru, MBM meminta supaya KBS segera mencari jalan penyelesaian agar consensus serta perjanjiajn yang wujud antara KBS dengan MBM sebelum ini yang menjamin hak-hak seperti badan gabungan tidak dinafikan.
Pengakap kini memiliki 1 juta ahli yang perlu diberi perhatian.
Begitu jugalah dengan pertubuhan-pertubuhan yang lain.
1.5 Kedaulatan dan keselamatan Negara

MBM menyeru agar rakyat tabah dalam mengahdapi semua cabaran yang wujud;

a) Kehilangan MH370
b) Jerebu dan kebakaran
c) Kemarau dan catuan air
Rakyat khusunya belia perlu menunjukkan kesetiaan adalah satu kematangan.
Percikan individu atau organisasi yang bersifat prejudis, cauvinis, dan pesimis perlulah
ditangkis.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »