MAJLIS BELIA MALAYSIA

Ubah Minat Menjadi Pendapatan: Kelas Seni Palidarium MBM Mendapat Sambutan Hangat!

KUALA LUMPUR| 23 Februari 2025– Majlis Belia Malaysia (MBM) terus komited dalam memperkasa kemahiran anak muda dengan menganjurkan Master Class Asas Paludarium, yang berlangsung di rooftop Wisma MBM dengan penyertaan seramai 20 orang peserta.

Master class ini juga telah dirasmikan oleh Penolong Setiausaha Agung MBM l , Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali dan dikendalikan oleh Sdr. Halim Manap, seorang Pro Aquascaper berpengalaman.

Sepanjang sesi, peserta didedahkan dengan teori asas teknik paludarium, latihan praktikal, serta strategi menjana pendapatan dalam industri ini. Program ini bertujuan memberi ilmu dan inspirasi kepada belia untuk meneroka bidang aquascape sebagai satu peluang keusahawanan yang berpotensi.

Inisiatif ini selari dengan usaha MBM dalam menggalakkan pembangunan kemahiran kreatif dan keusahawanan hijau dalam kalangan belia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »