KUALA LUMPUR| 14 Disember -Sdr. Jufitri Joha Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah hadir menyampaikan pengisian bertajuk “Give And Take” di dalam bengkel program tersebut. Program ini di anjurkan oleh Mercy Mission dengan kerjasama MBM.
Antara perkara yang disampaikan dalam bengkel tersebut adalah mengenai sikap membantu seperti yang dianjurkan di dalam Islam. Selain itu, beliau juga telah berkongsikan mengenai kerja belia serta buku yang perlu dimanfaatkan bagi menambah ilmu dan kamahiran dalam bidang kesukarelawanan.




