MAJLIS BELIA MALAYSIA

Treasure Hunt MBM 73 sempena Hari Belia Negara 2021 dan Ulang Tahun MBM ke-73

KUALA LUMPUR 31 Julai – ‘Online gathering’ Badan-Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan rakan strategik telah berlangsung dalam program Treasure Hunt MBM 73 sempena Sambutan Hari Belia Negara 2021 dan Ulang Tahun MBM ke-73.

Sebanyak 39 kumpulan yang menghimpunkan hampir 200 orang peserta telah menyertai acara interaktif ini yang bermula jam 9.00 pagi. Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM telah menyampaikan kata-kata aluan dan melakukan flag off program. Program berbentuk ‘team building’ ini secara tidak langsung dapat membina ilmu dan idea secara kolektif dan mengukuhkan semangat kerjasama dalam kumpulan.

Team MYHA telah berjaya meraih markah tertinggi dan memenangi hadiah RM500.00, diikuti oleh Majlis Belia Kelantan di tempat kedua dan Majlis Belia Daerah Larut Matang 2 di tempat ketiga.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »