MAJLIS BELIA MALAYSIA

Transformasi dan Peralihan Belia Jadi Fokus dalam MAT GBBM ke-21

GENTING HIGHLANDS 28 Jun – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-21 Penggal ke-2 dan Pemilihan AJK Pusat Baharu Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM) Kebangsaan yang berlangsung di Hotel Scapes, Genting Highlands Pahang.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tan Sri Dato Seri’ IR (Dr.) Lim Hock San, Presiden TFHAM/Pengerusi Eksekutif LBS Bina Group Berhad.

Dalam ucapannya, Tan Sri Lim menyatakan “pemimpin muda mempunyai potensi yang tidak terhad. Mereka harus berani keluar dari zon selesa, mengambil bahagian dalam komuniti dan aktiviti awam, mengumpul pengalaman, hubungan dan membentuk pengaruh melalui tindakan”.

Mendepani proses transisi belia tidak lama lagi, MBM yakin dan percaya GBBM dan seluruh badan gabungan MBM bersedia dalam mendepani cabaran dan rintangan bagi menyediakan generasi muda pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan.

Soal kebersamaan dan nilai perpaduan memerlukan komitmen dari semua pihak untuk mengembling tenaga bagi memastikan keharmonian dan kestabilan negara sekarang dapat diwarisi kepada generasi akan datang.

Turut sama Sdr. Aluyis Lin Soon Pin, Presiden dan kepimpinan GBBM Kebangsaan dan gabungannya.

Hadir sama kepimpinan gabungan MBM antaranya Presiden Majlis Belia Negeri Pahang; Presiden Pergerakan Belia India Muslim (GEPIMA); Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM); Persatuan Belia Xiang Lian; Majlis Belia Wilayah Persekutuan; Persatuan Asrama Belia Malaysia dan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Sdr. Lim Soon Pin dan kepimpinannya yang telah menjayakan MAT ini dengan jayanya.

Kredit gambar : Facebook @GBBM

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »