SEREMBAN 26 Mei – Satu sesi Training of Trainers (ToT) telah diadakan dalam merangka modul Sekolah Politik 3.0 Majlis Belia Malaysia (MBM) yang akan dianjurkan tidak lama lagi.
Sesi berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Seremban ini menyatukan ahli akademik daripada Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) diketuai Timbalan Dekan, Dr. Mazlan Che Soh bersama Jawatankuasa Tetap Pendidikan MBM yang diketuai Sdr. Mohamed Khairul Azman Abdul Azeez (Pengerusi).
Beberapa penambahbaikan dan elemen baharu bakal diterapkan di dalam Sekolah Politik 3.0 bagi memastikan keberkesanan dan kaedah penyampaian lebih berkesan lebih-lebih lagi dengan pelbagai isu politik negara yang memberi kesan kepada golongan belia serta pengundi baharu.
Hadir sama Exco MBM, Sdr. Mohd Fauzi Fadzil, Koordinator Pelajar FSPPP UiTM Kampus Seremban, Puan Shahidah Abd Razak serta barisan pensyarah FSPPP UiTM Kampus Raub, Dr. Che Hamdan Che Mohd Razali, Sdr. Muhammad Ariff Asyrul Adnan dan Sdr. Akmal Hisham Abdul Rahim.