MAJLIS BELIA MALAYSIA

Townhall Tahunan eSukan KBS 2024

PUCHONG 29 Nov- Esports Integrated (ESI) telah menganjurkan sesi Townhall di ESI Hub, Spacerubix, Puchong. Sesi tersebut dihadiri oleh YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Tujuan utama sesi ini diadakan adalah untuk mengumpul maklum balas dan pandangan daripada pemegang taruh sukan elektronik dengan harapan dapat mewujudkan ekosistem sukan elektronik yang lebih dinamik, mampan dan inklusif.

Antara yang turut hadir wakil-wakil daripada persatuan sukan elektronik negeri, kelab-kelab e-sukan, penerbit permainan, penganjur acara, syarikat yang terlibat dalam industri e-sukan, wakil pemain profesional, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta beberapa agensi kerajaan.

MBM turut sama mengambil bahagian dalam sidang ini bagi memahami seterusnya mendekati kelompok belia dalam bidang sukan elektronik ini.

MBM dihadiri oleh Naib Presidennya, Datuk Syed Osman Mohamed.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »