MAJLIS BELIA MALAYSIA

Townhall : Pemimpin Muda

KUALA LUMPUR, 19 NOVEMBER 2015- Sesi Townhall oleh Encik Ahmed El-Hendawi, United Nations Secretary-General Envoy’s on Youth telah diadakan di International Youth Centre (IYC), Cheras. Townhall ini diadakan bagi memberi peluang kepada pemimpin muda di Malaysia berinteraksi bersama individu penting dalam pergerakan belia di peringkatUnited Nations (UN). Ia juga sebagai wadah untuk belia negara ini untuk menambah pengetahuan serta maklumat mengenai belia di seluruh dunia.

Townhall ini dimulakan dengan sesi pengenalan kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh Setiausaha Agung MBM, Sdr. Ahmad Saparudin Yusup dan Presiden MBM, Sdr. Mua’amar Ghadafi  Jamal  Datuk Wira Jamaludin. Manakala Exco MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun berperanan sebagai moderator.

Ahmed El-Hendawi dalam sesinya menerangkan peranan UN yang dianggotai sebanyak 195 buah negara dapat bertindak dalam menyelesaikan beberapa isu yang berkaitan dengan hak asasi manusia, kemanusiaan, kebajikan serta peranan yang boleh dilakukan oleh belia seluruh dunia dalam memastikan nasib orang yang kurang bernasib baik terbela. Beliau turut menyentuh isu semasa terutama yang berkaitan dengan Islamophobia. Dalam pendiriannya, beliau mengatakan bahawa walau dalam apa cara bentuk keganasan sekalipun, ianya perlu diadili dengan sebaiknya tanpa prejudis terhadap sentimen keagamaan.

Sesi townhall ini dihadiri oleh hampir 200 belia termasuk pemimpin-pemimpin muda yang mewakili persatuan masing-masing. Turut hadir Pengarah IYC, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dan Exco MBM, Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz.

MBM_1752 MBM_1747 MBM_1755 MBM_1762 MBM_1772 MBM_1778 MBM_1765 12241644_1079546118757419_2028895615834676989_n

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »