ALOR SETAR 8 November – Sdr. Hazrul Hafizi Abd Halim, Exco MBM hadir sebagai salah seorang ahli panel untuk Townhall Pembangunan Belia Daerah Kota Setar.
Turut menjadi panel adalah Tuan Haji Salleh Ramli, Pengarah JBSN Kedah dan Cik Noor Azma Deris, Timbalan Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Utara.
Selama hampir dua jam berdiskusi banyak yang kami kongsikan kepada peserta yang rata-rata dari persatuan belia gabungan MBM dan belia tunggal. Turut hadir Ahli Parlimen Belia Kedah dan Fellow Perdana.
Majlis ini juga dihadiri YB Exco Negeri Kedah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.