Kuala Lumpur | 3 November – Telah berlangsungnya Townhall Belia Demokrasi yang melibatkan pelbagai perwakilan Aktivis Belia seluruh Malaysia.
Sdr. Mohd Izzat Afifi, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah hadir mewakili MBM untuk terlibat sekali dalam sesi libat urus ini. Banyak dapatan baharu dan mekanisme berbentuk polisi seperti partisipasi belia di dalam demokrasi, pendidikan belia, kesihatan sejagat dan kemampanan alam semula jadi yang diwacanakan.
MBM sebagai pemegang taruh utama Belia mengambil maklum segala idea ini dan berharap agar kerjasama lebih erat antara kesemua organisasi ini dapat disinergikan.
Townhall ini dipengerusikan oleh YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Tuan Adam Adli.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Jabatan serta Agensi berkaitan yang berada di bawah lembayung KBS.