MAJLIS BELIA MALAYSIA

TOWN HALL MEGA ANAK MUDA

BANGI 19 Oktober – Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah memenuhi jemputan menghadiri Town Hall Mega Anak Muda anjuran Pemuda Muafakat Nasional dan Gagasan Sejahtera di Bangi Convention Centre.

Walaupun pada awalnya Sdr. Jufitri hadir hanya untuk memenuhi jemputan dan mendengar idea-idea anak muda namun penganjur telah memberikan penghormatan kepada MBM memberikan beberapa respon kepada persoalan dan permasalahan yang dilontarkan oleh anak-anak muda di akhir slot.

MBM ingin mengucapkan terima kasih dan syabas atas inisiatif ini dan atas niat untuk mengumpulkan kesemua latar belakang anak muda tanpa mengira fahaman politik demi menyelesaikan isu-isu pokok anak muda.

MBM telah pun mencatat dan mengambil maklum lontaran-lontaran idea dan permasalahan yang dibangkitkan.

Turut bersama Sdr. Syafiq Ridzwan, Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor.

Rakaman siaran langsung boleh diakses di:

https://www.facebook.com/SinarHarian/videos/772259596538435/

atau

https://www.facebook.com/479387615411779/posts/3078696835480831/

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »