Pada 27 Mei 2019 telah berlangsung sesi Townhall bersama YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) bersama pemimpin mahasiswa, belia dan NGO di Kementerian Belia dan Sukan. Sesi ini merupakan perkongsian mengenai nilai dan matlamat sejagat di bawah Maqasid Syariah. Maqasid Syariah merupakan objektif atau matlamat utama yang dibawa oleh Syariat Islam demi kebaikan dan kepentingan sejagat.
Objektif yang dibawa Maqasid Syariah meliputi 5 prinsip asas kehidupan, iaitu menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan dan menjaga harta. YB Menteri Belia dan Sukan dan Presiden MBM turut meluangkan masa untuk menghadiri program ini.